Rizal Van Geyzel kena 3 pertuduhan hantar komunikasi jelik

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengasas bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dihadapkan ke mahkamah dengan tiga tuduhan menghantar komunikasi jelik melalui laman Facebook, Instagram dan TikTok.

-Advertisement-

Lelaki itu atau nama sebenarnya, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap ketiga-tiga pertuduhan selepas ia dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Rizal yang berkemeja putih dan memakai seluar slek biru muda hanya menjawab ‘tidak’ apabila ditanya jurubahasa sama ada mengaku salah atau tidak terhadap tiga pertuduhan berkenaan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

-Advertisement-

Dia yang selaku Orang Kena Saman (OKS) berdepan tuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

-BH