RM15 Bilion Bantuan Kerajaan Ringankan Beban Rakyat

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA  17 Jun 2026 (The Capital Post) – Kerajaan telah memperkukuh pelaksanaan beberapa inisiatif bantuan kewangan berjumlah RM15 bilion sebagai usaha memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara ketika ketidaktentuan ekonomi global masih berlanjutan.

Melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA Bulanan serta SARA Untuk Semua, bantuan berkenaan disalurkan secara lebih menyeluruh bagi meringankan beban perbelanjaan harian isi rumah, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

-Advertisement-

Pendekatan ini menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial dengan memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasar yang memerlukan, sekali gus membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat secara berperingkat dan berterusan. – The Capital Post