RM5 Bilion Disalur Semula Untuk Bekalan Air

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 4 November 2026 – Kerajaan MADANI berjaya mencapai penyelesaian berhubung kemelut projek saluran paip Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Multi-Product Pipeline (MPP), sekali gus membolehkan pembiayaan berjumlah RM5 bilion disalurkan semula bagi pembangunan prasarana bekalan air untuk rakyat.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, menjelaskan bahawa penyelesaian tersebut dicapai menerusi persetujuan bersama China EximBank.

Hasil persetujuan itu, pembiayaan RM5 bilion dapat dimanfaatkan semula melalui Skim Bekalan Air Perak Utara–Pulau Pinang (NPWSS), sekali gus mengurangkan kerugian negara daripada RM8 bilion kepada RM3 bilion.

-Advertisement-

Pembangunan NPWSS dijangka memperkukuh prasarana bekalan air bagi memenuhi keperluan domestik, industri dan pertanian di Perak serta Pulau Pinang.

Penyelesaian ini membolehkan sumber pembiayaan dimanfaatkan semula untuk projek prasarana yang memberi manfaat kepada rakyat, di samping mengurangkan beban kerugian kewangan negara. – The Capital Post