WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (8014) ORDER BY meta_id ASC

Sabah hari ini benarkan dua orang dalam satu kereta » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sabah hari ini benarkan dua orang dalam satu kereta

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan dua orang berada dalam satu kereta dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) fasa keempat ini.

-Advertisement-

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong, berkata kebenaran terbabit dibenarkan hanya tertakluk untuk membeli barangan keperluan asas atau perkhidmatan kesihatan.

“Individu dibenarkan untuk ditemani oleh seorang untuk keluar bagi mendapatkan atau membeli barangan keperluan seperti makanan, perubatan serta keperluan asas lain dengan syarat, orang yang menemani itu hendaklah yang tinggal serumah dengannya.

“Bagi individu yang perlu mendapatkan barangan penjagaan kesihatan dan perubatan, seseorang itu boleh ditemani oleh mana-mana orang lain yang semunasabah perlu,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi tadi.

-Advertisement-

Beliau berkata, keputusan ini selaras dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No. 4) 2020.

Semalam, di Putrajaya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan keputusan kebenaran pergerakan dua orang satu kenderaan sepanjang PKP fasa keempat, bermula semalam dan boleh melebihi 10 kilometer jika membabitkan keperluan membeli makanan dan perkhidmatan kesihatan. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (18467,18465,18463,18461) ORDER BY meta_id ASC