Salahkan saya, bukan persatuan – Ghalehnoy

Estimate Reading Time: < 1 minute

DOHA: Pengendali Iran, Ardeshir Ghalehnoy memohon maaf kepada peminat ‘Team Melli’ kerana gagal membawa pasukan itu ke final Piala Asia 2023 selepas tewas 3-2 kepada juara bertahan Qatar dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Al Thumama di sini, malam tadi.

-Advertisement-

Ghalehnoy berkata pasukan itu mempunyai tanggungjawab untuk menggembirakan seluruh rakyat Iran tetapi kegagalan melakukan penyudahan beberapa peluang terhidang merupakan faktor terbesar yang membawa kepada kekalahan.

“Saya memohon maaf kepada rakyat Iran kerana kita sepatutnya ke final tetapi tidak berjaya. Saya berterima kasih kepada seluruh kakitangan kejurulatihan dan pegawai pasukan serta semua pemain.

“Babak kedua persembahan terbaik kami dengan banyak percubaan yang baik tetapi inilah bola sepak, apabila kita tidak mendapat apa yang kita perlukan daripada peluang yang kita cipta, kita akan dihukum.

-Advertisement-

“Daripada segi taktikal, kami memiliki perlawanan yang sangat baik, jika anda mencari seseorang untuk dipersalahkan ia adalah saya, bukan persatuan (Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran). Ini adalah hari paling malang dalam hidup saya,” kata Ghalehnoy.

Dalam perlawanan itu, Iran mendahului seawal minit keempat menerusi Sardar Azmoun sebelum ketinggalan 2-1 selepas Jassem Gaber Abdulsallam menyamakan kedudukan pada minit ke-17 diikuti dengan gol kedua Qatar oleh Akram Afif pada minit ke-43.
-BeritaHarian