“Saya jangka PH akan kalah dengan majoriti tidak lebih dari 2,000 Undi” – Tun M

Estimate Reading Time: < 1 minute

Kuala Lumpur, 18 Nov 19 (The Capital Post) – Pengerusi Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad berkata beliau sudah menjangka kekalahan calon Pakatan Harapan tetapi dengan majoritinya tidak kurang daripada 2,000 undi namun keputusan rasmi majoriti kekalahan ialah sebanyak 15,086 undi.

-Advertisement-

Melalui satu Kenyataan Media yang dikeluarkan pagi ini, Tun Dr Mahathir berkata beliau mengambil maklum akan keputusan Pilihanraya Tanjung Piai dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai. Tambah beliau, satu post-mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat akan dibuat untuk mengenal pasti punca kekalahan PH kali ini dan diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua (ahli PH) yang berkerja keras sepanjang PRK ini.

-Advertisement-

Kenyataan Media Tun Dr Mahathir Mengenai PRK Tanjung Piai pada 18 November 2019

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373