Sedia pekerjaan bergaji tinggi lebih baik berbanding bayarkan PTPTN

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri disaran menyediakan peluang pekerjaan dengan bayaran gaji lebih tinggi berbanding menyediakan peruntukan untuk membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) rakyatnya.

-Advertisement-

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata inisiatif itu lebih mampan, sama ada kepada kerajaan negeri atau individu yang masih berhutang dengan PTPTN.

“Untuk kerajaan negeri, lebih elok kita berusaha untuk menyediakan peluang kerja dengan bayaran yang lebih tinggi kerana itu adalah lebih mampan.

“Ia juga akan meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan bila mereka mempunyai gaji yang lebih tinggi, mereka boleh membayarnya (hutang PTPTN).

-Advertisement-

“Yang lebih penting, kita inginkan kelangsungan. Jadi kita galakkan mana-mana kerajaan negeri membuka peluang pekerjaan yang lebih mampan dan bergaji tinggi untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas inisiatif Kerajaan Sarawak yang memperuntukkan RM30 juta untuk melunaskan hutang PTPTN milik anak negeri itu.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Patinggi Abang Johari Abang Openg, ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2020, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18, kelmarin. -Bharian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427