Semangat Barathkumar makin menyala

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Sekalipun saingan Liga Super hampir menuju penghujung, pemain tengah Negeri Sembilan FC (NSFC) R Barathkumar tetap bersemangat untuk melengkapkan musim dengan membantu pasukannya memenangi baki dua perlawanan.

-Advertisement-

Barathkumar meledak gol sulungnya dalam liga musim ini ketika mengemudi kemenangan 2-0 NSFC ke atas PDRM FC di laman sendiri Sabtu lalu sekali gus membakar semangatnya untuk terus menyerlah.

Perancang tengah skuad Hobin Jang Hobin itu berkata, dia gembira kerana berjaya membalas kepercayaan ketua jurulatih, K Devan yang mahukan dia memainkan peranan lebih efektif membantu jentera serangan.

“Saya berasa gembira kerana dapat menjaringkan gol dan membantu NSFC menewaskan PDRM selepas lebih lima bulan kami tidak menang.

-Advertisement-

“Walaupun ia gol pertama saya musim ini ketika saingan liga sudah hampir ke penghujung, namun jaringan itu tetap bermakna dalam karier saya lebih-lebih lagi membantu NSFC meraih tiga mata.”

Negeri Sembilan akan menamatkan kempen liga dengan bertandang ke Kota Bharu menentang Kelantan United Jumaat ini sebelum melayan kunjungan Kuching FC pada 17 Disember.

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373