Semua Handphone Wakil Rakyat PKR “Dirampas” sebelum jumpa Agong

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 26 FEB 2020 (The Capital Post) – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli – Ahli Parlimen PKR adalah antara mereka yang akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada hari ini

-Advertisement-

Datuk Seri Anwar dan semua wakil rakyat dilihat menaiki bus terbuka “Hop on” di Halaman Hotel Eastin di Petaling Jaya kira-kira pukul 10.20 pagi sebelum berlepas ke Istana.

Pihak Media difahamkan bahawa Wakil Rakyat PKR telah ditempatkan supaya bermalam di hotel sebagai persediaan untuk bertemu dengan Raja.

Semua Wakil Rakyat PKR juga dikatakan perlu menyerahkan telefon bimbit masing-masing kepada pembantu mereka sebelum bergerak untuk bertemu dengan Yang di-Pertua Agong. Ini bagi menghalang Wakil Rakyat PKR dihubungi oleh mana – mana individu untuk meraih sokongan mahupun untuk menghalang pemanipulasian keputusan.

-Advertisement-

Pada hari Selasa (25 Feb), Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah bersetuju untuk mengadakan wawancara satu-satu dengan 90 Ahli Parlimen untuk mendengar pandangan mereka sendiri dan untuk menentukan siapa yang menyokong majoriti sokongan di Parlimen untuk membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Ini berlaku berikutan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Isnin lepas.


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373