Semua Adun Johor dititah menghadap Sultan

Estimate Reading Time: < 1 minute

JOHOR BAHRU, 26 Feb 2020 (The Capital Post) – Semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Johor telah dititah untuk menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar petang ini, menurut sumber.

-Advertisement-

Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad dijangka akan memimpin delegasi Adun Barisan Nasional dan PAS pada bila – bila masa hari ini.Manakala, Wakil Parti DAP, PAN dan Bersatu dijangka akan bertemu dengan sultan pada jam 2 petang ini.

Berikutan pengunduran Parti Pribumi Bersatu Malaysia dari Pakatan Harapan, Dewan Undangan Negeri Johor digantung, dengan 28 Ahli Parlimen dari PKR, DAP dan Amanah melawan 28 Ahli Parlimen dari BN, Bersatu, dan PAS.

-Advertisement-

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dijangka akan mengumumkan keputusan berkaitan status kestabilan Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor selewat- lewantnya hari ini – The Capital Post