Shamsul Anuar teliti aspek keselamatan, kebajikan anggota PDRM di Sipitang

Estimate Reading Time: < 1 minute

SIPITANG, 10 Ogos 2026 (The Capital Post) – Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah meneruskan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang, Sabah hari ini.

Dalam lawatan tersebut, beliau menerima taklimat daripada Ketua Polis Daerah Sipitang, YDH Supt. Awang Anak bin Suanda yang merangkumi sejarah penubuhan IPD Sipitang, perjawatan, statistik keseluruhan kes, situasi keselamatan daerah serta isu dan cabaran yang dihadapi, termasuk cadangan penambahbaikan.

Lawatan turut diteruskan dengan sesi perjumpaan khas dan ramah mesra bersama warga IPD Sipitang, termasuk sesi dialog bagi mendengar pandangan, keperluan serta perkara berkaitan tugas dan kebajikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di daerah berkenaan.

-Advertisement-

Lawatan seperti ini penting bagi memastikan aspek keselamatan, kesiapsiagaan pasukan serta kebajikan warga PDRM terus diberi perhatian dalam usaha memastikan keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN), lawatan tersebut mencerminkan komitmen kementerian dalam memastikan aspek keselamatan dan kebajikan warga PDRM terus menjadi keutamaan. – The Capital Post