WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (23481) ORDER BY meta_id ASC

Sidang Parlimen paling lewat 2 Ogos- PKR » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Sidang Parlimen paling lewat 2 Ogos- PKR

Estimate Reading Time: 2 minutes

PETALING JAYA: Persidangan Parlimen perlu diadakan selewat-lewatnya 2 Ogos dan bukan September mahu pun Oktober seperti yang dinyatakan sebelum ini.

-Advertisement-

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, langkah tersebut perlu dilakukan bagi mengelakkan krisis Perlembagaan susulan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu sidang Parlimen diadakan segera.

Katanya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

“Kita juga sedia maklum bahawa hari ini merupakan hari ke-183 atau enam bulan satu hari sejak berakhirnya sidang Parlimen terakhir, iaitu pada 17 Disember 2020. Ini bermaksud, kita berhadapan dengan pelanggaran Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk mengatasi isu ini, kerajaan mengguna pakai Perkara 14(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, iaitu bagi tempoh darurat berkuat kuasa, peruntukan yang berhubung dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan.

Walau bagaimanapun, sekiranya darurat berakhir pada 1 Ogos 2021, ini bermaksud Perkara 14(1)(a) tidak lagi terpakai kerana darurat sudah tidak berkuat kuasa. Maka Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan akan terpakai semula pada ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

-Advertisement-

Muhyiddin sebelum ini berkata sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin semasa mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan perlu mendapatkan nasihat Peguam Negara dan menjelaskan kepada umum tentang perkara mengelak dari mengelirukan orang ramai termasuk juga Ahli-ahli Parlimen.

” Seri Paduka Baginda dan Raja-Raja Pemerintah bertitah agar Parlimen bersidang secepat mungkin kerana ia platform terbaik untuk mendengar masalah serta menyelesaikan isu rakyat.

” Untuk mengelak dari berlakunya sebarang krisis Perlembagaan Muhyiddin mesti seawal hari ini mohon menghadap dan menasihati Tuanku untuk memanggil sidang Parlimen,” jelasnya.-UTUSAN

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (24648,24645,24644,24640) ORDER BY meta_id ASC