Sistem jualan minyak paket bersubsidi sedang ditambah baik

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi sedang memperincikan beberapa opsyen bagi menambah baik sistem penjualan minyak paket bersubsidi untuk mengekang penyelewengan barangan itu.

-Advertisement-

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, mengakui sistem sedia ada mempunyai banyak kelemahan, menyebabkan kerajaan berdepan kesulitan untuk mengawal penjualannya, termasuk digunakan untuk tujuan komersil, dijual semula pada harga tanpa subsidi dan lebih buruk, diseludup ke negara jiran.

“Semalam, Pasukan Khas mendengar pembentangan mengenai satu sistem aplikasi bagi membuat pengesanan ke mana ia pergi dari kilang bagi mengesan kebocoran. Kita putuskan supaya kajian susulan terhadap cadangan itu diteruskan.

“Kita juga mendapat cadangan daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) supaya syarikat koperasi diberi keutamaan untuk penjualan barangan bersubsidi ini supaya ia sampai kepada kumpulan yang kita maksudkan.

-Advertisement-

“Pelbagai cadangan kita terima dan jawatankuasa sedang menelitinya satu persatu,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

-BH