SSPN: Pelepasan cukai dilanjut hingga 2024

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu RM8,000 bagi simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.

-Advertisement-

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau bersetuju selepas mendengar keresahan yang disuarakan rakyat dan teguran kepada kerajaan.

“Jumlah ini bukan jumlah B40. Ini jumlah pendapatan orang yang lebih sederhana.

“Bagaimanapun, kerana maksudnya adalah pendidikan dan belanja pendidikan kian meningkat, sebab itu kita beri kelonggaran ini,” katanya.

-Advertisement-

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pelanjutan pelepasan itu memberi manfaat kepada hampir 400,000u pembayar cukai dalam kategori T20 dan M40.

Katanya, negara itu akan kehilangan hasil kira-kira RM250 juta untuk tempoh berkenaan. – Berita Harian