Sultan Perak Terima Kunjungan Menteri NRES

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH 7 Ogos 2026 (The Capital Post) – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima kunjungan menghadap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup dalam satu pertemuan yang memberi tumpuan kepada agenda pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan mampan.

Dalam sesi menghadap tersebut, baginda berkenan berkongsi pandangan serta nasihat mengenai kepentingan memelihara khazanah alam semula jadi, menangani cabaran perubahan iklim dan memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara seimbang dengan usaha kelestarian alam sekitar.

Perbincangan itu turut menekankan keperluan memperkukuh komitmen terhadap pemeliharaan sumber asli sebagai asas kepada kesejahteraan rakyat serta kelangsungan pembangunan negara dalam jangka panjang.

-Advertisement-

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup berkata pandangan dan wawasan yang dizahirkan oleh Sultan Perak menjadi inspirasi kepada kementerian untuk terus memperkukuh usaha melindungi warisan alam negara melalui pelaksanaan dasar serta inisiatif yang mampan.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) turut menegaskan komitmennya untuk meneruskan agenda pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber asli secara lestari demi manfaat rakyat serta generasi akan datang. – The Capital Post