Syarikat penerbangan setuju jadual semula tiket pelajar universiti, kata kementerian

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAYAN LEPAS – Seramai 14 pekerja sebuah kilang kosmetik di Halaman Kampung Jawa 2, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas di sini hari ini dikejarkan ke klinik berhampiran selepas berlaku tumpahan bahan kimia.

-Advertisement-

Pegawai Bomba Kanan II, Muhamad Amin Mat Masli berkata, mangsa melibatkan seorang lelaki dan 13 wanita itu didapati terhidu asid hidroklorik yang tertumpah dari sebuah bekas dalam makmal kilang tersebut.

Menurutnya, kesemua mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan serta pemeriksaan dan dilaporkan stabil.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 petang tadi dan sepasukan dari Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru terus ke lokasi kejadian.

-Advertisement-

“Kita mendapati, ada sebuah bekas yang mengandungi 1 liter asid hidroklorik di sebuah makmal terjatuh ke lantai lalu pecah. Ketika kejadian, seramai 14 pekerja berada dalam bilik berukuran 12 kali 30 kaki persegi itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Muhamad Amin berkata, kesemua mangsa terhidu bahan kimia tersebut manakala seorang daripada mereka terkena percikan asid ketika ia terjatuh.

Tambahnya, semua mangsa dibawa ke klinik berhampiran oleh pihak syarikat. -SINAR HARIAN


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373