WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (6770) ORDER BY meta_id ASC
PETALING JAYA, 30 Mac 2020 (The Capital Post) – Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq telah membuat laporan polis pada malam 29 Mac 2020 (semalam) akan kehilangan wang sebanyak RM250,000 dari peti simpanannya.
Menurut akaun kicapan Yb Syed Saddiq, beliau berkata pihak polis dan forensik PDRM telah membuat siasatan di rumah wakil rakyat tersebut semalam dan beliau tidak dapat mengesahkan sebarang butiran tambahan mengenai kehilangan wang tersebut.
“Laporan Media bahawa RM250 ribu tersebut merupakan wang PPBM adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan” kata Syed Saddiq melalui laman twitternya.
Insiden terebut dipercayai berlaku dirumah wakil rakyat Muar di Petaling Jaya dan laporan polis dibuat di balai polis Sungai Way, Petaling Jaya. – The Capital Post