WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28065) ORDER BY meta_id ASC

Tabiat bertangguh, 'nantilah' penghalang urus kesihatan diri » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Tabiat bertangguh, ‘nantilah’ penghalang urus kesihatan diri

Estimate Reading Time: 2 minutes

Setiap kali tahun baharu, perkara yang wajib dilakukan hampir setiap insan adalah menetapkan azam yang ingin dicapai. Selain menetapkan azam baharu, ada juga menyambung kembali azam yang tidak terlunas sebelumnya.

-Advertisement-

Satu daripada azam atau impian peribadi besar yang sering dimanifestasikan termasuklah ingin meningkatkan tahap kesihatan yang lebih optimum.

Kesihatan diuruskan secara betul dan teratur membolehkan seseorang itu hidup sihat, mengurangkan risiko penyakit dan membolehkan rawatan dimulakan seawal mungkin bagi sebarang abnormaliti yang dikesan.

Kita semua inginkan sentiasa sihat fizikal dan mental agar dapat mengharung hari mendatang dalam keadaan sejahtera. Namun, acap kali penghalang utama pencapaian azam untuk menguruskan tahap kesihatan ini datang daripada kita sendiri.

Ia selalu berpunca daripada sikap suka bertangguh atau tidak keterlaluan dikatakan tabiat buruk ‘nantilah’.

Ramai memasang impian mahu lebih sihat daripada keadaan sedia ada, namun perlakuan masing-masing tidak menjurus kepada apa diingini. Antaranya, tidak mengamalkan gaya pengambilan pemakanan lebih sihat dan berkhasiat.

Acap kali, apabila berdepan santapan terhidang mengandungi kandungan minyak, lemak dan gula tinggi seperti nasi kandar, kari kambing dan air manisan, maka tabiat ‘nantilah’ akan tiba.

Seperti kebiasaannya, ungkapan lain biasa dilafazkan seperti ‘tidak apalah’, ‘sedikit sahaja ini’, atau ‘hari ini sahaja, bukannya selalu’. Maka, hilang sudah apa dipelajari mengenai konsep pemakanan diet sihat contohnya ‘suku-suku-separuh’. Pemakanan kerap dan berlebihan seumpama ini sudah diketahui meninggikan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat turut tidak terkecuali. Individu merokok khususnya secara berlebihan sering berdolak dalih apabila diminta berhenti atau mengurangkan pengambilan. ‘Nantilah’ atau ‘susahlah nak berhenti’ sering diucapkan. Pelbagai alasan mengiringi walaupun tahu kesannya buruk terhadap paru-paru.

Azam pada awal tahun kini tinggal kenangan, lebur seperti asap rokok yang dihembus bertalu-talu. Ada yang beralih arah kepada penggunaan rokok elektronik (vape), namun keberkesanannya tidak pasti. Bahkan, ada kajian mendapati tiada perbezaan ketara antara kedua-duanya.

-Advertisement-

Bagi individu berusia 40 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai risiko kesihatan, sering disarankan membuat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan. Pemeriksaan ini antara lain, termasuk indeks jisim badan, tekanan darah, paras gula dan kolestrol serta juga saringan penanda kanser.

Namun, apabila diperingatkan, alasan hampir sama diberi iaitu ‘nantilah’. Ada memberi alasan terlalu sibuk sehingga tiada masa, bahkan ada pula takut untuk membuat pemeriksaan – khuatir mendapat tahu ada sesuatu tidak kena dengan tahap kesihatan mereka atau tidak dapat menerima kenyataan di sebalik keputusan.

Antara pemangkin kepada pengurusan tahap kesihatan diidamkan termasuk aktif bersukan dan beriadah. Membabitkan diri dengan aktiviti sebegini, seseorang boleh meningkatkan tahap kecergasan, meregangkan otot ketat dan melancarkan pengaliran darah seluruh badan.

Penyakit tabiat ‘nantilah’ sering muncul apabila berbicara soal ini. Ada antara mereka yang seharian sibuk bekerja khususnya dalam pejabat berhawa dingin merasakan liat untuk meluangkan sedikit masa di waktu petang.

Penyakit berkaitan amalan kesihatan tidak kenal usia atau jantina. Justeru, kita tidak sepatutnya bersikap acuh tak acuh memandang perkara ini.

Azam ditetapkan janganlah mudah dikhianati. Katakan tidak kepada tabiat ‘nantilah’ dan lontarkan ia jauh-jauh. Lakukan dengan tekad dan nekad untuk mencapai tahap kesihatan yang sejahtera dan kehidupan bahagia.

Janganlah azam ditanam terpaksa menanti sekali lagi untuk kesekian kali.

Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi dan Pengajian Rantaian Bekalan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC