Dagangan ringgit bermula kukuh

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini, berikutan pasaran terus berhati-hati mengenai mata wang AS itu berhubung kemungkinan kenaikan kadar faedah, kata peniaga.

-Advertisement-

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1760/1790 berbanding dolar AS daripada 4.1890/1920 pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell dilaporkan sebagai berkata bahawa kenaikan inflasi di AS adalah berkaitan dengan isu yang menjejaskan rantaian bekalan global yang kebanyakannya disebabkan COVID-19.

“Pakar menjangka dua kemungkinan kenaikan kadar faedah di AS pada 2022 dan empat kemungkinan kenaikan pada 2023.

“Bagaimanapun, pasaran terus berhati-hati, sebahagiannya berikutan kemungkinan kenaikan kadar faedah telah diambil kira oleh kebanyakan pelabur,” katanya kepada Bernama.

-Advertisement-

Dari segi teknikal, Diniz berkata dolar AS boleh merosot kepada paras 4.1650 berbanding ringgit, dan ia boleh mendapat sokongan sementara.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro apabila ia merosot kepada 4.7485/7519 daripada 4.7470/7504 pada Selasa.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0924/0951 daripada 3.0965/0990 semalam, meningkat berbanding pound kepada 5.6948/6989 daripada 5.7008/7049 dan menambah berbanding yen Jepun kepada 3.6231/6260 daripada 3.6303/6332 sebelum ini.

-BERNAMA -BH