Teguhkan kesatuan zahir solidariti bersama Palestin

Estimate Reading Time: 2 minutes

Rakyat Malaysia cukup simpati dengan nasib yang melanda Palestin. Sejak dahulu kita sentiasa berdiri bersama mereka dan mengetahui secara jelas penderitaan dan perjuangan mempertahankan tanah air sendiri.

-Advertisement-

Malah, dunia juga dapat melihat bagaimana Malaysia menyokong Palestin dan mengutuk kekerasan dilakukan Israel.

Dalam hal ini pelbagai sokongan kita berikan. Misalnya, terdapat banyak badan sukarelawan kemanusiaan yang mengumpul dana bagi membantu masyarakat Palestin. Ada juga usaha digerakkan pelbagai organisasi perniagaan atau individu termasuk pempengaruh, malah selebriti tanah air.

Mereka g menggunakan kepakaran masing-masing untuk membantu penduduk Palestin. Paling tidak, ada yang melancarkan tabung sumbangan dan pelbagai lagi usaha, termasuk sanggup menawarkan diri untuk mengunjungi Gaza bagi menjalankan misi kemanusiaan.

Sesetengahnya pihak pula tampil dengan idea misalnya menjual cenderamata atau tudung, mafla dan sebagainya berkaitan Palestin. Mereka lakukan ini bagi mengutip dana dengan sebahagian keuntungan disalurkan kepada badan kemanusiaan yang membantu Palestin.

Namun, hal ini mencetus rasa tidak puas hati sebahagian warganet, misalnya terhadap sebuah organisasi perniagaan terkenal yang mengeluarkan selendang dan cawan bertemakan Palestin. Ketidakpuasan hati ini berhubung kait produk

cawan yang terpalit dengan keadaan ketika rakyat Palestin terputus bekalan air dan elektrik.

Kecaman warganet kelihatan terpesong dan lebih memburukkan jenama serta reputasi syarikat itu dengan tuduhan mengambil kesempatan atas penderitaan rakyat Palestin. Pertikaian dan kecaman seperti ini secara tidak langsung menutup niat syarikat untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin.

Melihat skop lebih meluas kerajaan juga menyalurkan RM10 juta bantuan kepada Palestin seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024. Tambahan lagi, Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) berjaya mengumpul RM71 juta daripada sumbangan 46 syarikat bukan kerajaan, swasta dan individu. Ini menunjukkan keprihatinan syarikat kerajaan dan swasta sama ada Muslim atau bukan Islam.

Sentiasa mendukung perjuangan Palestin

-Advertisement-

Malah, seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia akan terus komited untuk memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin.

Selain itu, Sekretariat Palestin Malaysia (SPM) meminta sokongan orang ramai kempen solidariti bersama rakyat Palestin yang tertindas. Pelbagai cara kempen ini akan dijalankan seperti menubuhkan tabung bantuan, melakukan program dan aktiviti melalui media sosial saluran rasmi Facebook rasmi ‘Sekretariat Palestin Malaysia’.

Segala usaha yang dilakukan kerajaan, organisasi perniagaan kerajaan atau swasta, pengasas produk, badan kemanusiaan, masjid, surau dan individu bagi menunjukkan solidariti ini adalah manifestasi kerbersamaan mendukung perjuangan rakyat Palestin dalam membebaskan tanah air mereka, khususnya Masjid Al-Aqsa di bumi Al-Quds yang juga tanah suci umat Islam sedunia.

Dalam keadaan sekarang kita perlu teguhkan kesatuan umat Islam menentang kezaliman Israel. Bersatu hati untuk berjuang bersama rakyat Palestin walaupun kita berpijak di tanah berbeza, namun tetap mempunyai tujuan menekankan Israel henti rampas tanah dan penempatan haram Yahudi serta pembebasan tahanan Palestin.

Pada era digital ini pelbagai langkah ke arah itu boleh dibuat dengan di hujung jari. Justeru, semua pihak disaran fokus dan berbalik pada niat bila melakukan kerja kebajikan ketika saat genting ini.

Tidak perlu mempersoalkan kejujuran dan niat baik orang lain, tetapi tanyakan diri sendiri apakah yang sudah kita lakukan untuk membantu mereka?

Azlydia Johar,

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373