Temui mayat terputus dua

Estimate Reading Time: < 1 minute

BAYAN LEPAS: Pekerja pembersihan di sebuah kondominium di Relau di sini, dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan terputus dua, hari ini.

-Advertisement-

Mangsa dipercayai terjun dari tingkat 26 kondominium berkenaan susulan penemuan seliparnya di lokasi itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa pada jam 8.58 pagi.

Katanya, anggota polis kemudian menemui mayat mangsa dalam keadaan badan terputus dua di tingkat enam kondominium itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa terhentak pada batu ruang tanaman bunga ketika terjatuh, menyebabkan badannya terputus dua.

-Advertisement-

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti dan punca kejadian,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Identiti mangsa belum dikenal pasti namun dipercayai warga tempatan susulan parut suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG).

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut manakala mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373