Ten Hag enggan layan karenah pemain senior

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Erik ten Hag enggan melayan permintaan pemain-pemain senior Manchester United yang mahu tambahan hari rehat serta notis jadual latihan lebih awal.

-Advertisement-

Pengendali United itu menerima rungutan daripada beberapa pemain senior berkenaan beban kerja mereka, terutama membabitkan hari rehat serta kesukaran untuk merancang percutian.

Ten Hag memberikan jadual latihan secara mingguan, dan dia juga berhak mengubahnya berdasarkan keputusan perlawanan.

Kumpulan pemain senior terdiri daripada Luke Shaw, Marcus Rashford, Raphael Varane, Casemiro, Lisandro Martinez dan penjaga gol simpanan Tom Heaton, namun tidak semua yang merungut dan sebahagian besar pemain menyokong cara Ten Hag.

-Advertisement-

Ten Hag bagaimanapun tegas dengan pendiriannya dan mahu pemain-pemain berkorban serta memberi komitmen penuh kepada kelab dalam usaha mengembalikan kegemilangan United.

Pengendali dari Belanda itu beberapa kali memberikan cuti tambahan musim ini, tetapi dengan saingan Liga Perdana Inggeris semakin sengit, Ten Hag yakin tuntutannya itu berpatutan.

– AGENSI

– BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427