[TERKINI] Senarai Kemudahan kepada Individu lengkap 2 Dos Vaksin – PM

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 8 Ogos 2021 (The Capital Post) –  Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kelonggaran kepada individu yang telah melepasi 14 hari setelah mengambil 2 dos Vaksin Covid -19 jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac manakala untuk individu yang telah mengambil Vaksin satu Dos, mereka harus melepasi 21 hari bagi setelah mengambil vaksin.

-Advertisement-

Senarai Kemudahan

  1. Suami isteri jarak jauh dibenar rentas daerah, negeri untuk bertemu pasangan masing-masing
  2. Ibu bapa telah lengkap vaksinasi dibenar rentas daerah dan negeri untuk jumpa anak bawah 18 tahun
  3. Aktiviti solat sahaja dibenar di masjid dan surau bagi jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap
  4. Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat
  5. Kemudahan sektor sosial kepada individu lengkap vaksinasi dan menetap di negeri Fasa Dua dan seterusnya
  6. (FASA 2 PPN DAN SETERUSNYA) Kebenaran untuk makan di restoran hanya untuk mereka di negeri Fasa 2.
  7. (FASA 2 PPN DAN SETERUSNYA) : Sukan dan riadah outdoor tanpa sentuhan dan aktiviti berkumpulan DIBENARKAN bagi individu yang telah divaksin lengkap.
  8. (FASA 2 PPN DAN SETERUSNYA) : Aktiviti pelancongan dalam negeri sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel bagi individu yang telah divaksin lengkap.

-Advertisement-

Individu yang telah menyelesaikan vaksinasi sepenuhnya mesti menunjukkan sijil vaksinasi digital mereka sebagai bukti jika diperlukan, seperti pada sekatan jalan raya. Kemudahan yang diumumkan Perdana Menteri ini akan berkuatkuasa bermula 10 Ogos ini. Tambah beliau kemudahan di sektor ekonomi sedang dibincang, dipertimbang di peringkat Sidang Khas MKN ianya akan diumum dalam waktu terdekat dan Kerajaan tidak teragak-agak tarik semula kemudahan yang diberikan jika berlaku ketidakpatuhan terhadap garis panduan, SOP – The Capital Post