WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28220) ORDER BY meta_id ASC

Terowong SMART mungkin dibina di Shah Alam » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Terowong SMART mungkin dibina di Shah Alam

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Bandar berkepadatan tinggi seperti Shah Alam bakal dilengkapi Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) seperti yang dibina di ibu negara, sebagai langkah jangka panjang untuk menyelesaikan masalah banjir.

-Advertisement-

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata turut dipersetujui secara dasar dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikannya semalam adalah membangunkan kawasan penempatan berdaya tahan seperti ‘sponge city’ di China.

Ia adalah antara cadangan jangka pendek dan jangka panjang yang dikemukakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang dipersetujui secara dasar pada mesyuarat itu.

Katanya, KASA turut mencadangkan untuk mewujudkan takungan air atau ‘kota takungan pinggir sungai’ seperti yang dilaksanakan di Belanda.

“Mesyuarat secara dasarnya turut bersetuju dengan cadangan jangka pendek dan jangka panjang yang dikemukakan oleh KASA untuk menyelesaikan masalah banjir antaranya, pemindahan kawasan kampung di tepi sungai yang berisiko banjir ke kawasan yang lebih tinggi; mewujudkan Pusat Ramalan Cuaca Numerikal Kebangsaan; meningkatkan sistem siren dan amaran berkaitan banjir di pusat Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) selain pemantauan bencana banjir menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

“(Turut dicadangkan) membangunkan sistem ramalan dan amaran banjir berasaskan kecerdasan buatan serta sistem amaran awal banjir lumpur; menaik taraf 100 buah stesen pencerapan cuaca permukaan automatik sedia ada yang usang;

-Advertisement-

mengawal penebangan hutan dan pemberian kelulusan pelan perancangan bandar hendaklah mengambil kira risiko banjir,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mesyuarat itu juga bersetuju terhadap cadangan untuk mengenal pasti pusat pemindahan sementara (PPS) tetap dilengkapi kemudahan seperti tandas, bilik mandi dan stor untuk penyimpanan barangan keperluan asas bagi mangsa banjir seperti tilam, dan khemah serta kawasan sekolah berasrama yang dijadikan PPS akan dijadikan kawasan penempatan mangsa banjir.

Ismail Sabri berkata, pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diberikan tanggungjawab untuk memastikan saluran perparitan dalam keadaan baik.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC