WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26949) ORDER BY meta_id ASC

Tinjauan negatif lima bank utama Malaysia - S&P Global » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Tinjauan negatif lima bank utama Malaysia – S&P Global

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: S&P Global Ratings mengesahkan penarafannya ke atas lima bank Malaysia iaitu CIMB Bank Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank), Public Bank Bhd, AmBank (M) Bhd dan RHB Bank Bhd dengan tinjauan negatif.

-Advertisement-

Agensi penarafan berkenaan mengesahkan CIMB, Maybank dan Public Bank dengan penarafan kredit penerbitan berjangka panjang ‘A-‘ dan jangka pendek ‘A-2’, sementara memberikan penarafan kredit penerbitan berjangka panjang ‘BBB +’ dan berjangka pendek ‘A-2’ untuk AmBank dan RHB Bank.

Dalam satu nota hari ini, S&P Global menyatakan risiko sistemik bagi bank-bank Malaysia semakin meningkat sambil menambah bank juga berhadapan dengan peningkatan risiko dalam persekitaran kompetitif kerana campur tangan negatif kerajaan.

“Kami kini melihat kemungkinan bank-bank Malaysia tidak dapat mencapai jangkaan kualiti aset asas dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang.

“Kawalan pergerakan yang berlanjutan, gelombang pandemik yang meningkat, moratorium berulang bagi pembayaran balik pinjaman serta ketidakpastian politik yang berterusan di Malaysia telah meningkatkan risiko penurunan pemulihan sistem perbankan negara.

“Faktor ini juga telah mengurangkan ruang utama dalam penilaian atau penarafan kami terhadap bank-bank Malaysia,” katanya.

Sementara itu, ia turut mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mengembang 6.0 peratus pada tahun 2022, dan kadar pengangguran pada 4.4 peratus.

-Advertisement-

Bagi nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) industri perbankan, S&P Global menjangkakan ia mencecah 3.0 hingga 4.0 peratus sementara kos kredit kekal pada 55 hingga 60 mata asas (bps) setiap tahun dalam tempoh 2021 dan 2022, sebelum pulih secara beransur-ansur.

Sebelum tahun 2020, nisbah NPL dan kos kredit sektor perbankan Malaysia masing-masing berada pada paras terendah 1.5 peratus dan lapan mata asas dengan bank mempunyai penampan pendapatan yang baik untuk menyerap kenaikan kos kredit yang tidak dijangka, katanya.

Agensi penarafan itu turut menjangkakan bahawa industri perbankan Malaysia akan mengekalkan tahap deposit mata wang tempatan pada tahap baik dalam 12 hingga 24 bulan akan datang.

Ia memandangkan bank-bank mendapat manfaat daripada kehadiran runcit dominan mereka dan keyakinan pengguna yang kuat selain kadar simpanan Malaysia yang tinggi sekitar 30 peratus daripada KDNK.

Katanya bank juga cenderung mengekalkan kekuatan modal masing-masing kerana kemampuan penjanaan pendapatan mereka yang memuaskan serta dasar pembayaran dividen yang fleksibel.

“Pengesahan penarafan kami terhadap lima bank Malaysia ini mencerminkan penampan kewangan yang sihat, kedudukan pasaran yang stabil, permodalan yang baik, serta pendanaan dan kecairan yang mencukupi bank-bank berkenaan,” tambahnya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC