WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27164) ORDER BY meta_id ASC

Tumpu pembangunan bakat pacu ekonomi Sabah, Sarawak » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Tumpu pembangunan bakat pacu ekonomi Sabah, Sarawak

Estimate Reading Time: 3 minutes

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk tempoh 2021- 2025 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lalu, memberikan keutamaan terhadap pembangunan Sabah dan Sarawak secara lebih khusus lagi.

-Advertisement-

Ia memastikan kedua-dua negeri berkenaan dapat menjana pertumbuhan ekonomi lebih tinggi, sekali gus menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan saksama.

Peratusan peruntukan lebih tinggi akan diagih kepada sektor ekonomi yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan infrastruktur dan kemudahan asas, khususnya di kawasan luar bandar.

Usaha mencapai pembangunan yang seimbang antara bandar dengan luar bandar itu, akan terus menjadi bidang keutamaan dalam mengurangkan ketidakseimbangan di kedua-dua wilayah ini.

Bagaimanapun, pembangunan bakat menjadi faktor kritikal untuk menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

Pendidikan dan latihan adalah pelaburan sosial yang sangat penting dan berkesan untuk mengeluarkan masyarakat daripada kepompong kemiskinan. Kemiskinan, sama ada yang berlaku di kawasan luar bandar atau bandar jelas dikaitkan dengan tahap pendidikan rendah.

Perbezaan sosioekonomi sentiasa menjadi cabaran besar bagi mencapai kesamarataan dalam keberhasilan pendidikan. Dapatan kajian menunjukkan ketidaksamarataan pendidikan disebabkan pendapatan keluarga dan lokasi sekolah mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar.

Jika kita lihat di Sabah dan Sarawak, tidak hairanlah jurang akses dan pencapaian masih lebar di antara kedua-dua negeri itu dengan negeri di Semenanjung. Terdapat sebilangan kecil universiti awam (UA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi menampung jumlah pelajar, menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat untuk pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.

IPT di Sabah dan Sarawak mempunyai peranan penting dalam pembangunan bandar, luar bandar serta wilayah, sekali gus menjadi medan pemindahan ilmu yang seterusnya memberi impak positif untuk melahirkan bakat seimbang.

Memang tidak dinafikan akses kepada pendidikan sekolah dan IPT kepada penduduk di Sabah serta Sarawak bertambah baik, manakala laluan khas ke UA sudah disediakan kepada pelbagai golongan pelajar khususnya kepada kumpulan B40, Orang Asli serta atlet sukan.

Bagaimanapun, penambahbaikan sistem pendidikan dan latihan di kedua-dua negeri berkenaan perlu terus diberi keutamaan bagi mempertingkat pencapaian akademik serta keupayaan kompetensi komuniti.

Hakikatnya, Sabah dan Sarawak menghadapi pelbagai kesukaran struktur serta menunjukkan spektrum pencapaian prestasi pendidikan yang luas antara daerah.

-Advertisement-

Justeru, bakat pakar pendidikan perlu dikenal pasti dan dilatih dalam memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut konteks, budaya dan sosioekonomi tempatan.

Hal ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan pendidikan, khususnya di luar bandar.

Mengambil contoh Sarawak sebagai negeri mempunyai keluasan besar dengan jumlah penduduk kira-kira 3 juta yang separuh daripadanya mendiami kawasan pedalaman, kesinambungan pendidikan rendah, menengah dan tinggi adalah sangat penting untuk menjamin pembangunan bakat bersesuaian dengan sosiobudaya serta ekonomi setempat.

Statistik Buku Perangkaan Kementerian Pendidikan (KPM) 2018 menunjukkan terdapat kira-kira 243 sekolah dikategorikan sekolah bandar, manakala 1,214 lagi dikelaskan sebagai sekolah luar bandar di Sarawak.

Justeru, program latihan pendidikan pentadbir dan guru di IPT Sarawak perlu fokus kepada keperluan tempatan serta memerlukan usaha mempertimbangkan keperluan khas masyarakat luar bandar dan bukan menggunakan one size fits all.

Isu utama di sini bukan sahaja kekurangan guru dan pemimpin pendidikan, tetapi juga guru mahir mengenai place conscious instruction dan mempunyai kompetensi mengajar serta berupaya untuk berinteraksi dengan masyarakat luar bandar.

Sehubungan itu, peranan IPT sangat penting dalam merealisasikan hasrat RMK-12 ini. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) misalnya melalui Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia (FSKPM) akan sama-sama menyahut dasar RMK-12 dengan menawarkan pelbagai program baharu berkaitan latihan pendidikan guru serta pemimpin pendidikan yang disesuaikan mengikut keperluan setempat.

Melalui proses penilaian berterusan terhadap kerangka program Sarjana Sains Pendidikan, latihan akan distruktur untuk mendepani cabaran, tuntutan dan keperluan sekolah serta komuniti luar bandar.

Kurikulum latihan adalah berlainan daripada yang disediakan di IPT lain meliputi kaedah pengajaran khas untuk sekolah luar bandar, aspek jaringan dan hubungan profesional bersama ibu bapa serta komuniti, selain pentadbiran sekolah di luar bandar.

Memandangkan FSKPM mempunyai pelbagai pakar bidang seperti sains kognitif dan pembangunan manusia, program latihan akan diubah suai meliputi pengetahuan dan kemahiran untuk membangun bakat guru serta pelajar di sekolah seperti perancangan dan pembangunan bakat, budaya pembelajaran efektif dan penilaian bakat.

Hal ini juga selari dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu kepentingan mentransformasikan latihan profesional pemimpin dan guru dalam sistem pendidikan negara. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC