United tangani ‘masalah disiplin dalaman’ Rashford

Estimate Reading Time: < 1 minute

LONDON: Manchester United berkata mereka sudah menangani “masalah disiplin dalaman” membabitkan Marcus Rashford selepas dia ponteng latihan Jumaat lalu dan tidak hadir ketika kemenangan 4-2 ke atas Newport County pada pusingan keempat Piala FA Inggeris kelmarin.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu pada awalnya menyatakan penyerang England itu, yang dilapor dilihat berfoya-foya di kelab malam di Belfast awal minggu lalu, tidak sihat untuk berada dalam skuad bagi aksi Piala FA itu.

United berkata ketika itu pemain berusia 26 tahun itu “kekal di Carrington untuk berlatih sekali gus memulihkan diri.

“Dia dilapor sakit dan selebihnya adalah masalah dalaman,” kata pengurus Erik ten Hag kepada wartawan kelmarin. “Ia satu masalah dalaman. Seperti yang saya katakan, kami akan menanganinya. Saya akan melihat perkara ini.”

Kenyataan terbaharu United menyebut Rashford “bertanggungjawab terhadap tindakannya” dan perkara itu kini ditutup.

Rashford, pemain terbaik tahunan United bagi kempen terdahulu, menyumbat empat gol dan enam umpanan gol dalam semua pertandingan musim ini.

Dia pernah digugurkan oleh Ten Hag sebelum ini, dengan pengurus itu menyingkirkannya daripada kesebelasan utama bagi perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers pada Disember 2022 kerana lewat menghadiri mesyuarat pasukan.

Rashford berakhir sebagai penjaring gol kemenangan pada perlawanan itu.

Perlawanan United berikutnya adalah menentang Wolves awal pagi Jumaat ini.

– REUTERS

– BeritaHarian

-Advertisement-

-Advertisement-


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373