Usia persetujuan seks di Jepun dinaikkan kepada 16 tahun

Estimate Reading Time: 2 minutes

TOKYO: Usia persetujuan di Jepun dinaikkan daripada 13 tahun, antara yang paling rendah di dunia, kepada 16 tahun hari ini susulan penggubal undang-undang meluluskan pembaharuan terhadap perundangan jenayah seks di negara berkenaan.

-Advertisement-

Pembaharuan yang turut menjelaskan keperluan pendakwaan rogol dan menjenayahkan rangsangan seks (voyeurisme) diluluskan dengan sebulat suara di Parlimen.

Ini bermakna sekiranya di bawah umur persetujuan bagi aktiviti seksual, ia dianggap kes rogol mengikut undang-undang dan di Britain, usia persetujuan adalah 16 tahun, manakala 15 tahun di Perancis dan masing-masing 14 tahun di Jerman dan China.

Kumpulan pengkritik turut mengalu-alukan pembaharuan itu, dengan kumpulan Human Rights Now yang berpangkalan di Tokyo menggelarnya sebagai langkah besar ke hadapan.

Kumpulan itu berkata, melalui langkah berkenaan, ia akan menghantar mesej kepada masyarakat bahawa keganasan seksual oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima.

Jepun tidak mengubah kebenaran itu sejak 1907 dengan kanak-kanak berumur 13 tahun dan ke atas berhak memberi kebenaran.

Walau bagaimanapun, dalam praktik di merentasi serantau negara, larangan perbuatan ‘lucah’ dengan kanak-kanak di bawah umur dilihat lebih berkesan untuk ditingkatkan umur persetujuan kepada 18 tahun.

Jepun kali terakhir menyemak semula kod jenayah mengenai kesalahan seksual pada 2017, buat pertama kali dalam tempoh lebih seabad, namun ia dikatakan tetap tidak mencukupi.

-Advertisement-

Pada 2019, berlaku perhimpunan di seluruh negara ekoran pembebasan bagi kes rogol.

Di bawah undang-undang terdahulu, pendakwa raya perlu membuktikan bahawa mangsa tidak berupaya menghalang keganasan dan ugutan.

Rang undang-undang yang diluluskan hari ini turut mengandungi senarai contoh yang mana pendakwaan rogol boleh dilakukan, termasuklah mangsa yang berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah, ketakutan dan pelaku mengambil kesempatan melalui status sosial.

Seorang pegawai Kementerian Kehakiman berkata kepada AFP awal tahun ini, penjelasan itu bukan ‘bermaksud untuk memudahkan atau lebih sukar’ untuk mendapatkan sabitan rogol, tetapi ia menjadikan keputusan mahkamah lebih konsisten.

Menurut Kementerian Kehakiman, rang undang-undang itu juga mengandungi ‘kesalahan permintaan bertemu’ yang baharu, iaitu orang yang menggunakan ugutan, rayuan atau sogokan wang untuk memaksa kanak-kanak di bawah umur 16 tahun bertemu untuk tujuan seksual akan menghadapi hukuman penjara sehingga setahun atau denda 500,000 yen (AS$3,500).

– AFP

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373