Van jatuh cerun: 4 pelancong Singapura dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang

Estimate Reading Time: < 1 minute

BALIK PULAU: Empat daripada 10 pelancong dari Singapura terbabit kemalangan yang dirawat di Hospital Balik Pulau di sini malam tadi telah dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

-Advertisement-

Ecxo Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai, memaklumkan beliau telah berhubung dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan bersedia menawarkan apa saja bentuk bantuan yang diperlukan mangsa.

“Kita belum dapatkan lagi nama dan butiran maklumat diri mereka dan ketika ini, mayat seorang mangsa kemalangan iaitu seorang wanita berusia 60-an masih berada di Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau.

“Selain itu, tiga daripada mangsa kemalangan telah dibenarkan pulang manakala tiga lagi sedang dirawat di hospital swasta dan difahamkan kumpulan terbabit melancong ke Pulau Pinang menggunakan khidmat ejen,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sementara itu, Exco Kesihatan negeri, Daniel Gooi, berkata pengurusan Hospital Pulau Pinang dan Hospital Balik Pulau telah diarah untuk memudahkan dan membantu mereka yang terbabit dalam nahas itu.

-Advertisement-

Beliau dalam satu kenyataan, turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan gambar lokasi kemalangan sebagai menghormati individu serta ahli keluarga mangsa yang terbabit musibah itu.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah van persiaran yang membawa 10 pelancong dari Singapura terbabas ke cerun bukit setinggi kira-kira enam meter dalam kejadian di Jalan Teluk Kumbar, Bukit Genting di sini kira-kira jam 8.14 malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Air Putih, Pegawai Bomba Kanan II, N. Prenavaran, berkata seorang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373