Dahulu busuk, kotor kini Sijangkang jadi lokasi ekopelancongan

Estimate Reading Time: 4 minutes

KUALA LANGAT: Bidikan lensa kamera seorang jurugambar profesional merakam keindahan panorama di tengah-tengah hutan bakau yang berusia ratusan tahun, memecah keheningan suasana petang Taman Rekreasi Hutan Bakau Sijangkang.

-Advertisement-

Berlatar belakangkan kedamaian Sungai Langat yang mengalir tenang di hujung taman, disusuli bunyi riuh kicauan pelbagai spesies burung berterbangan dan sesekali hinggap di dahan pokok bakau, pastinya menambah keasyikan kepada peminat burung serta pencinta alam.

Di satu sudut, kelihatan sekumpulan pengunjung pelbagai peringkat umur melakukan aktiviti jungle trekking, merentasi titian yang diperbuat daripada susunan kayu Resak, sesekali berhenti melihat tumbuh-tumbuhan yang hidup subur melata di kawasan paya ini.

Tidak hairanlah, faktor alam semula jadi menjadikan taman rekreasi ini tumpuan utama untuk mereka yang ingin menghayati permai hutan bakau juga golongan anak muda yang gemarkan ‘berootd’ (memperaga dan merakam pakaian yang dikenakan pada hari itu OOTD (Outfit of The Day).

“Memang begini keadaannya setiap hujung minggu. Bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk kampung Sijangkang beriadah tetapi juga tumpuan orang luar yang gemarkan aktiviti lasak termasuk jungle trekking .

Tidak kurang juga pasangan pengantin yang datang untuk bergambar,” Ketua Komuniti Kampung (Kg) Sijangkang, Mohd Suhaimi Sanusi.

Komuniti Kg Sijangkang ini secara asasnya ditubuhkan atas inisiatif sekumpulan 15 orang penduduk kampung ini dengan diketuai Mohd Suhaimi yang bekerja sebagai peniaga kecil, bagi memelihara kebersihan kawasan sekitar kampung termasuk kawasan hutan bakau.

Taman Rekreasi Hutan Bakau Sijangkang ini terletak kira-kira dua kilometer (km) di hujung pinggir Kg Sijangkang, Telok Panglima Garang dan lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat, mula dibuka kepada umum sejak penghujung 2015.

Tarikan taman ini bukan setakat kepada keunikan pelbagai pokok bakau yang melebihi 15 jenis mahupun khazanah flora dan fauna, tetapi juga titian diperbuat daripada susunan kayu sepanjang 1.8 kilometer yang memudahkan pengunjung menerokai keindahan panorama hutan bakau tanpa kaki dicemari selut.

Pengiktirafan antarabangsa dan tempatan

Tidak sia-sia penat jerih hampir tujuh tahun berjaya mengubah kawasan yang sebelumnya ‘kotor dan busuk’ kini menjadi taman rekreasi hutan bakau yang memberi manfaat kepada semua termasuk kelestarian alam dan meraih pelbagai pengiktirafan sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pernah merangkul anugerah Friends of River Negeri Selangor daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Green Initiative Awards: Sijangkang Mangrove Edu-Recreation Park  From Wasteland to Wanderland” daripada MPKL sebagai pemenang platinum dalam kategori taman awam luaran serta pengiktirafan antarabangsa, Japan-Asean Integration Fund (JAIF) dan Institute of Global Environment Strategies (IGES).

Daripada ‘wasteland’ ke ‘wetland’

Melihat kecantikan alam di sini, mungkin sukar dipercayai kawasan ini sebelumnya hutan bakau terbiar yang langsung tidak dipedulikan.

Malah, dengan kedudukannya terletak di hujung kampung menyebabkan banyak pihak mengambil kesempatan menjadikannya tempat pembuangan sampah haram.

Lokasi kawasan berkeluasan 24 hektar terletak di bahagian barat daya Selangor yang sunyi tanpa sebarang penempatan dan hanya sesekali dilalui pekerja kebun kelapa sawit berdekatan serta mereka yang ingin memancing di muara Sungai Langat, sekali gus memudahkan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati.

Isu sampah semakin memburuk dan serius sejak awal 2015 apabila kawasan ini menjadi tempat pembuangan sisa penduduk sekitar Sijangkang, selain sisa industri pembinaan.

“Di kampung ini, tidak ada sistem pengurusan buang sampah seperti di bandar, jadi kebanyakannya sama ada ditanam di sekitar kawasan rumah atau dibakar, selain ada juga dibuang di sini sebab kawasannya terletak di hujung kampung.

“Timbunan sampah tidaklah setinggi seperti di tapak pelupusan kerana ada orang kampung membakarnya apabila nampak semakin meninggi.

Cuma, ia tetap kotor dan busuk sebab sisa berselerakan khususnya apabila anjing, kucing, kera mencari makanan,” katanya.

Beberapa kawasan longgokan sampah boleh dilihat sepanjang 6 km ke hutan bakau berkenaan.

“Kami memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mereka juga mempunyai beberapa makmal di sini.

“Misalnya, kami bekerjasama dengan UPM dan Jabatan Perhutanan untuk membangunkan kod bar yang diletakkan pada pokok bakau bagi membolehkan pengunjung mengenal jenis pepohon hijau di sini dengan hanya mengimbas sahaja kod bar itu menggunakan telefon pintar mereka,” katanya.

Perkembangan positif ini menarik minat lebih ramai penduduk kampung untuk turut serta dalam Komuniti Kg Sijangkang melakukan kerja pembersihan dan pemantauan untuk aktiviti sampah haram, selain menjadi pemandu pelancong menerangkan kepentingan penjagaan hutan bakau kepada pengunjung.

Beberapa kemudahan dan aktiviti disediakan termasuk sukan desa, tapak perkhemahan, mencari siput di hutan bakau, memancing (atas permintaan) selain daripada jungle trekking dan bergambar yang boleh dilakukan pengunjung.
– Bernama -BeritaHarian