Wanita didakwa bunuh rakan kongsi perniagaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

MARANG: Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas tuduhan membunuh warga emas rakan kongsi perniagaannya.

-Advertisement-

Nooraini Remali, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian wanita berusia 65 tahun, dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Dia didakwa melakukan jenayah itu di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia di Batu 23 Kuala Berang, Hulu Terengganu, antara jam 3.20 pagi hingga 4 pagi pada 1 November lalu.

Nooraini dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

-Advertisement-

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebelum mahkamah menetapkan 15 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Akmal Mohd Jazlee, manakala tertuduh diwakili peguam, Abdul Hayyi Salim.
-BeritaHarian