WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30911) ORDER BY meta_id ASC

Wanita maut ditekup bantal selepas putuskan hubungan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Wanita maut ditekup bantal selepas putuskan hubungan

Estimate Reading Time: 2 minutes

KLANG: Seorang wanita berusia 24 tahun menemui ajal akibat ditekup dengan bantal selepas memutuskan hubungan dengan kekasihnya dalam satu kejadian dekat sebuah rumah di Kampung Pandan, di sini, kelmarin.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian tersebut dikesan selepas seorang wanita yang merupakan kenalan lelaki terbabit membuat aduan di Balai Polis Klang pada hari sama.

Menurutnya, aduan dibuat wanita berkenaan selepas menerima panggilan video dalam aplikasi Whatsapp daripada suspek berusia 19 tahun itu yang meminta bantuan untuk mengambilnya di lokasi tersebut kerana bertindak menekup muka kekasihnya sehingga tidak sedarkan diri.

“Polis sampai di tempat kejadian dan mendapati kejadian berlaku dekat sebuah rumah jenis lot di Kampung Pandan, Klang. Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik rumah tersebut.

“Pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan. Pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia. Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun, jelas beliau, bertindak atas maklumat, suspek yang merupakan warga tempatan berjaya ditangkap kira-kira pukul 9.20 malam pada hari sama oleh pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

-Advertisement-

“Suspek dipercayai terlibat dalam kes ini ditangkap di tepi jalan berdekatan dengan tempat kejadian dan dalam usaha untuk melarikan diri. Semasa tangkapan dibuat, polis berjaya merampas pakaian yang digunakan oleh suspek semasa kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin memutuskan hubungan dengan suspek. Polis masih menjalankan siasatan dan akan melengkapkan siasatan dalam tempoh masa yang terdekat,” jelasnya.

Suspek kemudian dibenarkan direman selama tujuh hari hingga 31 Ogos ini oleh Mahkamah Majistret Klang dan polis kertas siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh orang.

Hoong Fong menambah, suspek bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. –UTUSAN

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33043,33040,32965,32857) ORDER BY meta_id ASC