KUALA LUMPUR 20 Julai 2026 (The Capital Post) – Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkukuh hubungan silaturahim dan semangat kerja berpasukan menerusi perlawanan persahabatan “Pra Final World Cup 2026” yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek turut hadir bagi memeriahkan program yang menghimpunkan warga KPM dalam suasana penuh semangat kesukanan. Perlawanan tersebut menyaksikan pertembungan antara pasukan Sepanyol yang diketuai Ketua Setiausaha KPM, YBhg. Datuk Wan Hashim Wan Rahim dengan pasukan Argentina yang diterajui Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad.
Lebih daripada sekadar pertandingan bola sepak, program berkenaan menjadi platform untuk mempererat hubungan antara warga KPM menerusi nilai kebersamaan, komunikasi dan semangat berpasukan. Aktiviti sukan seperti ini turut memainkan peranan dalam membina suasana kerja yang lebih harmoni serta menggalakkan kerjasama merentas bahagian.
-Advertisement-
Penganjuran perlawanan tersebut mencerminkan usaha KPM dalam menyemai budaya saling menyokong dan memperkukuh jaringan hubungan dalam kalangan warga kementerian. Pasukan Sepanyol turut menerima penghargaan selepas muncul juara bagi edisi World Cup 2026 berkenaan.
KPM berharap inisiatif seumpama ini dapat diteruskan sebagai medium memperkukuh perpaduan dalaman serta membentuk warga kerja yang lebih aktif, komited dan bekerjasama dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan negara. – The Capital Post