Warga NRES Ikuti Amanat PM Mengenai Pendidikan Negara

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 28 Julai 2026, (The Capital Post) – Warga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengikuti secara dalam talian Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena Perhimpunan Bulanan KPM pada hari ini.

Sesi tersebut diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) NRES, YBhg. Dato’ Khalid Mohamed, bersama warga kementerian sebagai tanda sokongan terhadap penyampaian amanat serta aspirasi kepimpinan negara dalam memperkukuh pembangunan sektor pendidikan.

Dalam amanatnya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Melayu sebagai asas identiti negara, selain memberi perhatian kepada pembangunan modal insan dan usaha memperkasakan sistem pendidikan bagi melahirkan generasi yang berilmu serta berdaya saing.

-Advertisement-

Penyertaan warga NRES dalam sesi tersebut mencerminkan komitmen kementerian untuk terus menghayati aspirasi kerajaan serta menyokong agenda Malaysia MADANI melalui pelaksanaan tanggungjawab yang berteraskan nilai integriti, profesionalisme dan kepentingan rakyat.

Perjumpaan berkenaan turut menjadi platform untuk memperkukuh kesedaran penjawat awam terhadap hala tuju kerajaan, khususnya dalam memastikan setiap kementerian bergerak seiring dalam menjayakan agenda pembangunan negara. – The Capital Post