10 ditahan terbabit kes samun di Pulau Pinang

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Polis menahan 10 individu termasuk dua wanita yang terbabit dalam beberapa kes samun di daerah Timur Laut dalam beberapa serbuan di negeri ini dan Kedah.

-Advertisement-

Penahanan kesemua suspek dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut antara 19 Jun hingga semalam.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, suspek masing-masing ditahan di sekitar Jalan Macalister, Jalan Penang serta Taman Jeniang Jaya, Gurun, Kedah antara jam 6.20 pagi Isnin lalu hingga 2.28 pagi semalam

“Tiga daripada lapan lelaki yang diberkas itu adalah warga asing.

-Advertisement-

“Kesemua suspek berkenaan didapati terbabit dengan kes berlainan yang berkait di Feringghi Walk; Jalan Paya Terubong serta Jalan Macalister,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Suspek ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

-BH