1,469 kes COVID-19 dilaporkan semalam

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,469 kes COVID-19 dilaporkan setakat semalam dengan 1,466 membabitkan penularan tempatan dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

-Advertisement-

Menerusi data laman sesawang COVIDNOW, empat negeri mencatatkan pertambahan tiga angka iaitu Selangor sebanyak 615 kes, diikuti Kuala Lumpur (219), Pulau Pinang (123) dan Negeri Sembilan (112).

Selain itu, sebanyak 95 kes dilaporkan di Perak, Johor (64), Kedah (59), Melaka (34), Putrajaya (32), Sarawak (297), Sabah (27), Pahang (22), Kelantan (14), Terengganu (13), Labuan (enam) dan Perlis (lima).

Perkembangan itu menjadikan sehingga kini jumlah individu dijangkiti COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,481,278 kes.

Terdapat 30,509 kes aktif di negara ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 95.9 peratus atau 29,271 kes sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,182 kes pula sedang mendapatkan rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (20), Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (19) serta ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan (17).

-Advertisement-

Dalam pada itu, setakat semalam terdapat tiga kes kematian dilaporkan dan dua daripadanya membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Ia menjadikan sehingga kini sebanyak 35,623 kes kematian akibat jangkitan berkenaan.

Daripada jumlah itu, terdapat 7,545 kes pesakit COVID-19 yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Data turut menunjukkan semalam terdapat 1,836 kes sembuh.

-BH