157 Pesara Kementerian Komunikasi Diraikan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 24 September 2026 (The Capital Post) – Seramai 157 pesara Kementerian Komunikasi diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang 2026 sebagai tanda penghargaan atas segala sumbangan dan khidmat bakti sepanjang tempoh perkhidmatan dalam sektor awam.

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) turut menzahirkan penghargaan serta ucapan selamat bersara kepada Encik Surimi dan Puan Kartini atas jasa dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan mereka.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan ucapan wakil pesara oleh mantan Pengarah IPPTAR, Dato’ Roslan Ariffin, yang berkongsi pengalaman serta kenangan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Majlis turut dihadiri Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah; Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU (S)), YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil; Setiausaha Bahagian Kanan, YBhg. Datuk Aminurrahim Mohamed; Ketua Bahagian Akademik IPPTAR, YBrs. Encik Mohammad Yusari Ameer Mohd Yusof serta pesara Pengurusan Tertinggi Kementerian Komunikasi.

-Advertisement-

Majlis itu menjadi wadah untuk mengenang jasa dan menghargai sumbangan warga kementerian yang telah menabur bakti dalam perkhidmatan awam.

Penghargaan turut disampaikan kepada semua pesara dengan harapan mereka terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam meniti kehidupan selepas persaraan. – The Capital Post