2 gol Belotti benam AC Milan

Estimate Reading Time: < 1 minute

MILAN: Dua jaringan pantas babak kedua kapten Torino, Andrea Belotti mengesahkan kemenangan 2-1 pasukannya dalam Serie A mengatasi AC Milan awal pagi tadi.

-Advertisement-

Penyerang Poland, Krzysztof Piatek meletakkan AC Milan di depan menerusi penalti pada minit ke-18 dalam pertembungan dua pasukan pertengahan liga di Stadium Olympic itu.

Namun dalam tempoh empat minit, Belotti mengesahkan tiga mata buat skuad kendalian Walter Mazzarri yang mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan sebelum ini.

Torino mendaki ke kedudukan keenam liga, sama enam mata dengan Napoli dan Cagliari selepas lima perlawanan namun enam mata di belakang pendahulu, Inter Milan.

AC Milan jatuh ke kedudukan ke-13 selepas kekalahan berdepan tetangganya, 2-0 hujung minggu lalu.

-Advertisement-

“Kami tidak mahu tewas kali ketiga berturut-turut,” kata Belotti.

“Mereka menyukarkan kami pada babak pertama tetapi apabila kami kembali selepas rehat, kami adalah pasukan berbeza.”

Kedua-dua pencabar dari utara Itali itu terdesak untuk kembali mencatat kemenangan dengan Milan di depan selepas diberikan penalti apabila Lorenzo De Silvestri mengasari Rafael Leao.

Piatek – penjaring ketiga terbanyak Serie A musim lalu dengan 22 gol – menyempurnakan penalti berkenaan. – Bharian