2 Maut, Pacuan Empat Roda Terbabas di Signal Hill Park

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Dua maut manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah pacuan empat roda terbabas, melanggar pokok dan terjunam ke parit di Jalan Signal Hill Park berhampiran Dewan Hakka, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, seorang lelaki berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala seorang wanita berusia 33 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, berkata beberapa penumpang lain termasuk pemandu mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth I dan II.

-Advertisement-

“Kenderaan terbabit kini ditahan untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-BeritaHarian