2023 tahun yang mencabar bagi ASEAN

Estimate Reading Time: < 1 minute

SINGAPURA, 13 Jan 2023 (The Capital Post): 2023 akan menjadi tahun yang sukar bagi ASEAN memandangkan blok itu mungkin berhadapan banyak cabaran pada masa akan datang, menurut Forum Unjuran Serantau 2023 (ROF 2023).

-Advertisement-

Forum itu dianjurkan Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS-Yusof Ishak) pada Selasa lalu, yang mengupas usaha untuk mengekalkan perpaduan dan peranan utama ASEAN dalam dunia yang berubah.

Sharon Seah, Penyelaras Pusat Kajian ASEAN dan Program Perubahan Iklim di Asia Tenggara di institut itu berkata antara cabaran yang dihadapi ialah pilihan raya di Malaysia dan Filipina pada 2022 selain pilihan raya di Kemboja, Thailand dan Myanmar pada 2023.

Oleh itu, blok berkenaan perlu menzahirkan perpaduan dan solidariti serta mempromosi versi ‘Gambaran ASEAN mengenai Indo-Pasifik’ yang lebih jelas.

Beliau juga menekankan cabaran terbesar bagi ASEAN ialah prospek ekonomi global yang sangat sukar pada 2023, menurut Agensi Berita Vietnam (VNA).

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan globalnya kepada 2.7 peratus.

Kira-kira satu pertiga daripada ekonomi dunia diunjur menuju kemelesetan tahun ini manakala baki dua pertiga lagi turut bergelut untuk menghadapi gangguan bekalan, inflasi serta kenaikan harga.

-Advertisement-

Seah berkata selaku Pengerusi ASEAN pada 2023, Indonesia perlu menyelaras perjanjian perdagangan seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bagi mengoptimumkan manfaat blok itu kerana perdagangan adalah bidang penting bagi ASEAN.

Dengan tema ‘Memahami Pemacu Perubahan dalam dunia yang terganggu’, ROF 2023 menumpukan perbincangan mengenai kesan konflik dunia terhadap persekitaran keselamatan di Asia Tenggara, pemacu perubahan dan kedudukan ekonomi serantau.

ROF ialah persidangan tahunan anjuran institut yang berpangkalan di Singapura itu untuk menganalisis arah aliran dan isu utama yang akan memberi kesan terbesar kepada Asia Tenggara dalam jangka pendek dan sederhana selain membuat unjuran mengenai kedudukan negara serantau.

– BERNAMA -BH

(The Capital Post)


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279