21,315 kes jangkitan COVID-19 hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini kekal melebihi 21,000, dengan 21,315 kes dilaporkan setakat tengah hari ini.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sejumlah 3,061,550 individu sudah dijangkiti oleh virus berkenaan setakat ini.

Beliau berkata, kes paling tinggi membabitkan pesakit dalam kategori dua iaitu sebanyak 15,028 kes atau 70.50 peratus daripada jumlah kes.

-Advertisement-

“Bagi kategori satu pula, terdapat 29.09 peratus (6,200 kes), kategori tiga (48 kes), kategori empat (23 kes) dan kategori lima (16 kes),” katanya dalam Twitter, hari ini.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279