WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25063) ORDER BY meta_id ASC

29.7 peratus penduduk sudah terima dua dos vaksinasi » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

29.7 peratus penduduk sudah terima dua dos vaksinasi

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Hampir 30 peratus penduduk negara ini sudah lengkap menerima dua dos vaksinasi, setakat semalam.

-Advertisement-

Ia membabitkan 6,952,814 dos vaksin, daripada 21,200,473 dos keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 di seluruh negara.

Pemberian dos pertama setakat semalam adalah sebanyak 14,247,659 dos, yang mewakili 60.9 peratus penduduk dewasa.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam satu kenyataan di Facebook hari ini menyebut, data berkenaan mengambil kira sepenuhnya pelaporan manual, termasuk daripada program jangkau luar komuniti yang dijalankan di seluruh negara.

JKVAV dalam perangkaan itu turut menunjukkan tiga negeri mencatatkan kadar pemberian dos vaksin terendah, didahului oleh Sabah yang mencatatkan 31.7 peratus penduduk dewasa menerima dos pertama, manakala cuma 14.6 peratus melengkapkan dos kedua.

Ia diikuti Johor yang merekodkan 42.3 peratus dos pertama dan 16.9 peratus dos kedua, sementara Kedah mencatatkan 38.7 peratus bagi dos pertama dan 19.9 peratus dos kedua.

-Advertisement-

Dalam pada itu, Labuan kekal berada di tangga teratas negeri yang mencatatkan pemberian dos tertinggi iaitu 85.1 peratus populasi penduduk dewasa melengkapkan kedua-dua dos, diikuti Sarawak dengan 65.7 peratus, Perlis (42.7 peratus) dan Lembah Klang (37.5 peratus).

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) , Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan berkata, kerajaan optimis dapat mencapai sasaran 50 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas di negara ini melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang 31 Ogos ini.

Sasaran itu mampu dicapai susulan kadar vaksinasi yang tinggi ketika ini selain 29 peratus daripada penduduk dewasa sudah melengkapkan kedua-dua dos vaksin.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC