3,080 kes baharu COVID-19 semalam, 7 kematian

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,080 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam berbanding 3,936 kes kelmarin.

-Advertisement-

Maklumat di laman COVIDNow setakat tengah malam kelmarin menunjukkan, angka terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini mencecah 4,626,061 kes.

Daripada jumlah kes baharu dilaporkan itu, sebanyak 3,079 kes adalah penularan tempatan, manakala hanya satu jangkitan dari luar negara.

Sebanyak tujuh kematian dicatatkan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 35,869 kes.

Selain itu, sebanyak 3,399 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 4,551,413 kes, manakala jumlah kes aktif ialah 41,859 kes.

-Advertisement-

Daripada jumlah kes masih aktif itu, seramai 40,622 menjalani kuarantin kendiri di rumah dan 34 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 1,472 pesakit dimasukkan ke hospital dengan 37 daripada 57 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

-BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279