WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25939) ORDER BY meta_id ASC

42.4 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

42.4 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Sebanyak 42.4 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,842,928 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

-Advertisement-

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian maklumat di laman Twitter rasmi, memaklumkan setakat semalam juga, seramai 18,792,979 individu atau 57.5 peratus sudah menerima dos pertama.

Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini 32,635,907 dos.

Menurut perkongsian maklumat itu, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 59.1 peratus setakat semalam, berbanding 58 peratus, pada Isnin.

-Advertisement-

Dalam pada itu, vaksinasi harian semalam pula sekali lagi mencatat peningkatan kepada 423,380 dos berbanding 420,164 dos pada Isnin, dengan 261,994 daripadanya adalah dos kedua dan baki 161,386 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

– BERNAMA – BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC