6 gajah liar mati jatuh di air terjun

Estimate Reading Time: < 1 minute

BANGKOK: Enam gajah liar mati selepas terjatuh ke dalam kawasan air terjun di Taman Negara Khao Yai, Thailand, kata pihak berkuasa.

-Advertisement-

Menurut pegawai, dua daripada gajah itu berjaya diselamatkan dalam insiden yang berlaku di kawasan Air Terjun Haew Narok, di wilayah timur laut, Nakhon Ratchasima.

Ketua penyelia taman, Kanchit Srinoppawan berkata, antara gajah yang mati termasuk seekor anak gajak berusia tiga tahun, susulan kejadian itu taman terpaksa ditutup sementara.

“Ia adalah kemalangan. Kita kerap menyaksikan perkara seperti ini berlaku,” kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber, Varawut Silpa-archa kepada Reuters.

-Advertisement-

Kira-kira 300 gajah liar di tempatkan di dalam taman itu, yang terdiri daripada kawasan seluas 2,000 kilometer persegi hutan dan padang rumput.

Taman itu turut menempatkan pelbagai haiwan liar seperti, beruang, gajah dan ungka dan ia adalah satu daripada destinasi popular dalam kalangan pelancong. – BHarian