62 Pegawai Sertai Penilaian Kepimpinan Eksekutif ELEAP Siri 45

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR 28 September 2026 (The Capital Post) – Seramai 62 pegawai menyertai Program Penilaian Kepimpinan Eksekutif (ELEAP) Siri 45 Bil. 4 Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari, dari 22 hingga 24 September lalu, di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara.

Program yang dijalankan secara bersemuka itu bertujuan menilai pegawai bagi proses saringan pemangkuan dan kenaikan pangkat daripada gred M12 ke gred M13.

Selain menjalani penilaian kepimpinan, peserta turut mengikuti sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi tujuan pemprofilan sebagai sebahagian daripada proses penilaian.

Pelaksanaan program tersebut turut melibatkan 11 panel penilai daripada kalangan pegawai Gred JUSA C dan M14 yang terpilih, dengan bantuan enam fasilitator daripada pelbagai kementerian.

-Advertisement-

Penganjuran ELEAP Siri 45 Bil. 4 Tahun 2026 mencerminkan usaha berterusan dalam menilai potensi kepimpinan pegawai bagi menyokong pembangunan sumber manusia dan kemajuan kerjaya dalam perkhidmatan awam.

Penghargaan turut diberikan kepada semua panel penilai dan fasilitator atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program berkenaan, dengan harapan semua peserta memperoleh keputusan yang cemerlang – The Capital Post