80 peratus veteran ATM ceburi bidang keusahawanan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: Lebih 80 peratus daripada 200,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya kedua mereka.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata ia membabitkan pelbagai bidang termasuk pertanian, perkhidmatan dan pelancongan.

Katanya, sehingga kini pihaknya sedang mengumpul data bagi veteran yang membabitkan diri dalam bidang keusahawanan untuk menilai sejauh mana tahap perniagaan yang diusahakan mereka.

-Advertisement-

“Alhamdulillah ramai dalam kalangan veteran memilih bidang keusahawanan selepas mereka menamatkan perkhidmatan dan kita akan memantau mereka bagi memastikan bidang yang diceburi mereka berjaya.

“Ada dalam kalangan mereka sudah berjaya dan ada juga yang kurang berjaya, kita akan bantu berdasarkan keperluan,” katanya pada sidang media selepas melawat Program Peduli Veteran di Kampung Bechah Kura, di sini, hari ini.

Mengenai Program Peduli Veteran, Adly berkata, program berkenaan kini sudah mencapai 13 siri dan sudah ramai veteran yang dilawati sama ada di rumah atau industri yang mereka lakukan.
“Malah kita akan teruskan siri lawatan bagi memastikan semua aspek termasuk kesihatan, perumahan dan kebajikan mereka sentiasa terjaga.
“Kita juga memohon kerjasama semua pihak supaya memberi maklumat kepada kita bagi memastikan kebajikan mereka tidak tercicir,” katanya.
– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373