Jangkitan COVID-19 melonjak, 13,944 kes dilapor

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Statistik harian jangkitan positif COVID-19 di negara ini terus melakar graf menaik lima angka buat hari ketiga berturut-turut dengan 13,944 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu perkongsian melalui media sosial hari ini berkata, angka terbaharu itu menjadikan sejumlah 2,939,198 kes positif COVID-19 di Malaysia, setakat ini.

-Advertisement-

-BH