KUALA LUMPUR: Sebanyak 513,393 individu atau 14.5 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
-Advertisement-
Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 13,992,391 atau 59.5 peratus populasi dewasa di dalam negara pula menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,944,158 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,221,715 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,798,806 individu atau 90 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,884,882 atau 92.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
-Advertisement-
Sebanyak 128,153 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 61,230 suntikan dos pertama, 464 suntikan dos lengkap dan 66,459 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 66,148,498.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 37 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan Johor merekodkan sembilan kes, diikuti Selangor (tujuh), Kedah (enam), Perak dan Sabah masing-masing empat kes, Pulau Pinang (tiga), Pahang (dua) dan satu kes masing-masing di Melaka dan Wilayah Persekutuan Labuan.
– BERNAMA -BH