Konflik Russia-Ukraine: Ringgit dibuka rendah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dengan pasaran menantikan perkembangan terkini mengenai ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine serta beberapa ucapan daripada penggubal dasar Rizab Persekutuan AS selain pengumuman data ekonomi AS.

-Advertisement-

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.1860/1895 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.1845/1870.

Seorang peniaga berkata krisis Rusia-Ukraine nampaknya menjadi pemacu utama bagi pasaran mata wang sementara data ekonomi AS yang akan dikeluarkan minggu ini akan memberi tekanan tambahan pada pasaran mata wang, sekali gus menyebabkan para pedagang tidak mahu memasuki pasaran.

“Gabenor Fed AS Michelle Bowman akan bercakap hari ini di persidangan “American Bankers Association Conference for Community Bankers”. Selain itu data pengeluaran AS akan diumumkan serta anggaran kedua bagi laporan keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS untuk suku keempat 2021 lewat minggu ini,” tambah beliau.

Mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

-Advertisement-

Ringgit bertambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.1111/1139 daripada 3.1149/1170 pada penutup Jumaat, meningkat berbanding pound British kepada 5.6930/6977 daripada 5.7001/7035 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.7427/7467 daripada 4.7578/7606.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding yen kepada 3.6391/6424 daripada 3.6340/6361.

– Bernama -BH